Monday 24 October 2011


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang akan diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. Al-Hasyr: 18)

Ayat ini khusus ditujukan hanya untuk orang-orang beriman, dimana Allah memerintahkan agar kita takut kepada-Nya dan memikirkan tentang apa yang akan dilakukan pada hari esok dan masa akan datang. Hal ini sangat penting bagi seorang muslim yang beriman, sehingga dia tidak akan membiarkan masanya berlalu begitu sahaja, apatah lagi mengisinya dengan perbuatan yang memaksiati Allah SWT, na’udzubillah min dzalik.

Oleh itu, mari kita lihat perjalanan hidup manusia. Cuba kita bayangkan bahawa kehidupan ini berjalan bagaikan satu garis yang lurus, panjang, dan tidak terputus-putus, yakni tidak berpenghujung. Garis yang sangat panjang itu dibahagikan menjadi 3 bahagian. Bahagian yang paling kecil itu berada di tengah-tengah garisan, malah ianya hanyalah sebesar titik kecil. Garis sebelumnya itu adalah garisan yang sangat panjang yang kita tidak tahu dimanakah permulaan garisan itu. Garisan yang dibahagian terakhir itu adalah garisan yang begitu panjang sehinggakan ianya tidak mempunyai pengakhiran.

Ketahuilah, bahawa garisan panjang dibahagian pertama itu adalah masa ketika kita berada di alam roh dan ketika kita berada di dalam rahim ibu. Garisan di bahagian kedua yang sangat pendek itulah yang mewakili kehidupan kita di dunia, yang menunjukkan kehidupan kita di dunia ini pada hakikatnya sangat singkat! Garisan di bahagian ketiga yang tidak berpenghujung itu pula adalah masa setelah kita meninggalkan dunia ini, masa penentuan dimana kita akan ditempatkan samada di syurga mahupun neraka. Setelah manusia mati, Jika dia gagal dalam kehidupannya di dunia, maka dia akan menderita, tersiksa, teraniaya, untuk selama-lamanya. Namun, apabila dia berhasil dalam kehidupannya di dunia, maka dia pasti akan bahagia untuk selama-lamanya.

Seharusnya kita sedar bahawa hidup ini hanyalah sekali, dan ia tidak mungkin akan dapat diulang lagi. Sekiranya seorang pelajar yang gagal di dalam peperiksaan, dia pasti akan merasakan perasaan yang malu dan sedih di atas sebab dia mensia-siakan masa lapang ketika dia mempunyai peluang untuk mengulangkaji pelajaran. Walau sedalam mana sekalipun kesedihan pelajar itu, dia masih mampu untuk berusaha kembali dan mengulang kembali peperiksaan itu sehingga dia beroleh keputusan yang cemerlang. Namun, sekiranya seseorang yang membuat banyak maksiat telah mati tanpa bertaubat dan kemudiannya dihadapkan di hadapan Allah untuk diputuskan oleh-Nya neraka, apakah dia masih boleh untuk meminta ditangguhkan keputusan itu dan kembali mengulang kehidupan di dunia sekali lagi? Ingatlah, bahawa sesungguhnya kehidupan di dunia ini benar-benar singkat. Hal ini dikhabarkan oleh Allah SWT:

“Pada hari mereka melihat hari kebangkitan itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari” (QS. An-Nazi’at: 46)

Selama ini kita merasakan bahawa umur kita masih panjang lagi, kerana kita merasakan bahawa kita masih muda dan masih mempunyai masa yang lama untuk bertaubat. Sedangkan Allah mengingatkan bahawa kehidupan di dunia itu bagaikan sepetang atau sepagi sahaja, tidak sampai satu hari pun!

Tuesday 18 October 2011

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam
Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


dipetik drpd:
http://www.scribd.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...